Monday, February 13, 2012

serious malu hari ni :')

hahaha.. hari ni hari yang paling memalukan buat kina.
tapi,tulah kalau bukan hari ni, kina tak dapat pengajaran kat peristiwa yang berlaku hari ni, :)
kina janji akan turn over a new leaf mulai hari ni.. wish me luck kayy??!!

okaylahh.. tadi,kina ikut abah pergi bandar.
kina ikut actually nak cari barang sikit utk handcraft kina.
satu pekan cari barang yang nak,tapi tetap tak jumpa..
so,kina ikutlah abah di samping teman abah uruskan kerja dia kat pejabat-pejabat yang berkenaan..

bila dah sampai bandar tadi,abah tanya kina..
ABAH : awak nak ikut abah ke atau abah tinggal awak kat kedai buku ni and nanti awak jalan sikit sampai 
             kat masjid.. 
KINA : *dalam hati.. "mak aih.. jauh kutt..." takpelah abah. kina ikut abah jela ke mana abah pergi. 

actually,kina sebenarnya tak berani nak jalan sorang-sorang kat bandar. kina tataulah. sampai sekarang kina takde confindent nak jalan sorang-sorang. mesti kena ada sorang yang temankan kina. tak kesahla dia tu muda dari kina.
kina bukan apa. kina takut dengan lelaki dah sekarang ni. tak berani.. pandang pun tak berani..
bagi kina,diaorang semua scary and takut nanti kina diapa-apakan..
sekarang kan macam-macam kes dah berlaku.. tu kina tak berani tu...

last2,kina mintak abah dropkan kina kat Kuantan Parade.
kina nak cari barang kat situ jap and nak cari barang yang adik kina pesan sekali..
tapi,hasilnya ZERO.. huhu..
yang kina dapatnye adalah 2 helai pashmina.. hehehe..
sukaaa sangat... :)

okay lepas tu,dah habis settlekan semua,kina dengan abah pergi TERUS MAJU.
salah satu supermarket yang mak abah selalu pergi nak cari barang dapur.
sbb low price and affordable :)
abah tunjuk kat kina senarai bahan-bahan yang mak mintak belikan utk barang dapur.
abah mintak kina tolong carikan salad,timun,bawang and kunyit hidup..
first,kina amik timun..okayyy jumpa!
second pulak,kina cari salad... *terpinga2 sekejap.. confused..
kina tgk dkn whiteboard tu salad daun. tapi macam bukan.

NI PERBUALAN KAMI :)
kina : "abah yang ni kan? nak amik semua ni ke? tak banyak sangat ke??
pastu,kina tersentap bila abah cakap "hey,bukan tulah. tu ha.. depan tu. dalam plastik tu. tu kusbislaaaa...."
kina: "ohhh.. bukan ni ke abah?? ni dia tulis salad daun??"
nasib baik tiba2 datang sorang makcik ni,nak2 pulak kawan abah betulll..
mak cik baik : "bukan tulah adikk... yang ni.. yang ni nama dia kubis.. mak nak buat nasi ayam eh??"
kina : "yela kutt makcik..heee *dengan perasaan malu kat situ.. HAHA
abah : (cakap dengan makcik tadi)  "haishhh.. tulah budak zaman sekarang. duduk bandar. mana tau apa.ni
         nanti bila dah kahwin macam mana. habis dia beli yang bukan-bukan.cari lain dapat lain.."
time tu kina dah cepat larikan diri dari diaorang pergi carik bawang.. MALU KUTTT... heee...


moralnya kina belajar sesuatu hari ni...
lain kali rajin2 tolong mak kat dapur... tanya mak apa yang tak tahu.. heee,
tapi yelah,bab masak2 ni mak yang selalu buat.
kina just kemas2 rumah and lipat kain... :)
mop lantaimsapu sampah.. tu je..
time weekend je tolong mak masak. sbb tak banyak errands pun kan??
so buat masa sekarang ni,kina jangan pernah terfikir nak kahwin..
FAILED lagiiiii!!! HAHA..

ni salad yang patut kina amik..
tapi,kina pergi amik yang ni.. HAHA. kan dah malu kat situ.. =.="


okayhhhh.. nak learn memasak start from now!! heee :)
bye.. bye... :))

No comments:

Post a Comment