Thursday, February 23, 2012

kenapa eh perasaan aku selalu macam ni???

Ya Allah,
bagi aku petunjuk atas segala apa yang aku rasakan dalam hati aku selama ini.
aku pun tak dapat nak tafsirkan apa maksud perasaan aku ni.
aku tak berkuasa untuk menduga perasaan ini ya Allah.
kerana aku seorang insan yang lemah.
hanya kau yang Maha Berkuasa dalam mengetahui perasaan aku ini.
dan mengapa aku merasai perasaan yang aku tatau macam mana nak cakap..

kenapa ya Allah???
setiap kali aku melihat gambar Firdaus(sepupu aku yang belajar di University of Bristol,England) and anyone yang pergi belajar kat overseas aku rasa hati aku lain dan bergetar.
dan waktu ni aku tatau mengapa aku telah menitikkan air mata aku saat aku melihat gambar2 sepupu aku tu.
aku rasa lain sangat perasaan ni bila aku tgk senior2 pergi belajar di overseas.
tolonglah ya Allah bagi aku petunjuk atas setiap apa yang aku rasakan selama ini.

adakah ini bermakna aku akan tinggalkan family aku untuk menuntut ilmu-Mu yang maha luas di luar tanah air ku , Ya Allah.
do give me guidance ya Allah.
jika benar tekaan aku ini,kau permudahkanlah segala urusan aku.
and makbulkanlah doa aku.
jujur aku katakan aku ingin ke luar negara ini untuk aku belajar lebih mendalam tentang Islam di bumi lain.
aku ingin melihat keindahan ciptaan-Mu dan seterusnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada-Mu.

walaupun result spm belum diumumkan and maybe this upcoming March. *tak sampai sebulan pun lagi.
kehangatan nya aku dah dapat rasakan sebulan lebih lagi.
aku tatau kenapa. perasaan takut,cemas dan cuak serta sebagainya selalu menghantui aku.
mungkin sebab aku duduk di rumah dan tidak apa yang menyerabutkan kepala aku.
sehinggakan aku telah mengisi kekosongan kepala aku ni dengan benda yang tak sepatutnya aku risau.
aku tau Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku.
apa yang aku lihat di slip peperiksaan spm aku nanti yang itulah yang terbaik untuk aku.
aku amat yakin dengan sang pencipta.
dia lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan diri aku.
cuma aku ni sahaja yang kurang mengenali sang pencipta aku.
ampunkan aku Ya Allah..

aku selalu berdoa agar kau tetapkan hati dan imanku.
sesungguhnya kau yang membolak balik hatiku.
aku cuba untuk mendekati-Mu ya Allah.
maka kau janganlah jauhkan diri-Mu dariku ya Allah.
sesungguhnya aku amat memerlukan-Mu dlam hidupku. selain oksigen...
 kenapa aku rasa sedih sangat di saat aku menulis di sini sekarang??

ohh.. Allah... campakkanlah ketenangan dalam hatiku.
bertetapan dengan nama yang diilhamkan oleh-Mu kepada kedua ibu bapa ku..
NORSAKINAH...binti MOHD AHMAD.
nur : bermaksud.... CAHAYA
sakinah : bermaksud... KETENANGAN DAN KEHEBATAN JIWA ANUGERAH ALLAH
mohd : yang terpuji
ahmad : terpuji.

jika disambungkan maksud kesemuanya...
CAHAYA KETENANGAN YANG TERPUJI..
maka ya Allah,kau kurniakanlah kepada aku.
dan permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan di akhirat.
permudahkanlah jalan untuk aku menuntut ilmu dan mengerjakan ibadah kepada-Mu.
izinkanlah untuk aku berbakti kepada orang yang telah banyak berjasa kepada aku.
mak abah aku : yang telah banyak berkorban duit,masa dan tenaga dan seluruh hidup aku demi untuk melihat
                       aku berjaya dan tidak susah macam diaorang satu hari nanti. tak dapat aku bayangkan
                       bagaimana susah,.jerih perih mereka mencari duit untuk membesarkan aku dan adik beradik.
aku rasa amat bertanggungjawab kepada mereka. kerana aku adalah salah satu harapan mereka. panjangkanlah umur aku dan keluarga ku dan izinkanlah aku merasai kejayaan untuk menjadi seorang DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN. kerana ini adalah impian mak abah aku dan seluruh keluarga aku termasuk keluarga mak dan keluarga abah..

ya Allah,tiada niat lain untuk aku menjadi seorang doktor.
bukan sebab harta dan pangkat mahupun darjat...
cuma satu je sebab mengapa aku ingin menjadi seorang doktor.
kerana... aku ingin berbakti kepada masyarakat yang tanpa disedari mereka telah mebantu dalam pembelajaran aku selama ini. tanpa wang mereka tak mungkin aku berjaya hingga tahap ni.
aku ingin melindungi maruah wanita dan juga isteri-isteri di luar sana.
soal gaji dan pendapatan aku tak pernah fikir.
walaupun ni bukan gambar aku,tapi suatu hari nanti aku akan jadi seperti dia. :)
biarlah orang kata doktor sekarang ni sudah ramai. and mungkin peluang pekerjaan tipis.


tapi aku tetap dengan keputusan aku.
mak ada cakap kalau niat kita ikhlas insyaAllah Allah akan permudahkan.
aku letakkan seluruh kepercayaan dan harapan aku kepada Allah.
kerana aku yakin kepada-Nya.
Allah pasti dengar aku kan???

Ya Allah,semoga keputusan yang bakal aku terima mampu membuatkan mak abah aku tersenyum gembira.
bukan tersenyum duka.
aku tak sanggup untuk menyakitinya Ya Allah.
matlamat hidup aku adalah untuk membahagiakan mereka sebelum ajal mereka.
aku terlalu sayangkan mereka ya Allah.
janganlah kau tarik nyawa mereka terlalu awal..
izinkanlah aku membahagiakan mereka dan adik beradik aku di atas kejayaan aku sebelum aku menghadap-Mu, Ya Allah...
hanya kepada Mu aku bertawakal dan memohon pertolongan....
              
amin ya rabbal alamin........

Friday, February 17, 2012

forgive and forget.

segalanya apa yang berlaku sebelum-sebelum ni,aku rasa ia dah cukup mematangkan diri ini.
aku banyak belajar dari kesalahan,kesilapan dan pengalaman.
kalau bukan sebab masa lalu tu,cerita antara saya dan awak,tak mungkin aku akan dapat menjadi new SAKINAH sekarang ni.
aku mengaku yang saya ni terlalu muda and terlalu mentah untuk terjebak dengan perkara tu.
tapi,disebabkan kurangnya ilmu dan nipisnya iman,akhirnya aku tersungkur dek tarikan syaitan laknatullah.

pelbagai tipu muslihat dan godaan syaitan untuk menarik aku ke dalam lembah kemaksiatan dan zina.
aku cuba untuk mecari pertolongan Allah namun dapat ku rasakan Allah sangat dan terlalu jauh dariku.
tetapi aku yakin yang Allah tidak pernah sesekali pun menjauhkan dirinya dari aku.
sebaliknya aku yang menjauhkan diri dari-Nya.
sungguh jahil aku ketika itu.

syaitan akhirnya berjaya menguasai diri aku sepenuhnya.
cinta yang ku rasakan kepada hamba Allah yang bernama lelaki ternyata hanyalah cinta palsu.
yang pada mata kasarnya ku,ia sangatlah indah dan manis.
aku mula jatuh hati kepadanya dan mulai menyukainya.
tanpa ada sebab yang kukuh kenapa aku sukakannya.
tanpa aku kenal hati budi dan latar belakangnya.
sungguh aku rasakan dunia ini sangat indah.


setelah aku renungkan kembali aku yang dulu,
aku rasakan aku sudah tewas dengan hasutan syaitan.
kalah di atas musuhku yang nyata.
nasihat-nasihat yang diberikan oleh kawan-kawan ku aku peduli.
tapi,ianya tidak bertahan lama.
kerana ku rasakan dia adalah lelaki yang aku cari.

namun,inilah hakikat sebenar dunia.
dunia ini hanyalah perhiasan semata mata  dan adalah permainan.
manusia dilahirkan ke dunia untuk menyerahkan seluruh cintanya kepada sang penciptaNya.
bukan kepada hamba Allah yang hayatnya tidak kekal.
Allah lah yang hakiki.
kebahagiaan yang di cari bukan di dunia fana ini.
tetapi di akhirat sana lah kebahagiaan yang perlu kita gapai.

setelah aku menjalani hari-hariku di bumi tarbiah MRSM TUN GHAFAR BABA,
aku rasa diriku sudah hampir kepada pencipta aku.
aku mula mendekatkan diri dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh kawan-kawan aku sendiri.
usrah setiap lepas asar yang pengikutnya kesemuanya perempuan.
di situ,aku dapat banyak ilmu agama,solat,hal-hal berkaitan hidup kita seharian,dosa pahala,syurga neraka,akhirat dunia and CINTA.
sekali sekala ada juga aku merelakan diri untuk memberi ilmu yang tak seberapa yang aku ada kepada mereka.
hari demi hari,menghadirkan diri ke usrah tersebut telah menjadi habit ku.
dan menjadi kesukaan ku. sehinggakan tidak sabar untuk menunggu asar.

di situ,aku meratapi dan menangisi setiap dosa dan maksiat yang telah aku lakukan sepanjang hidup ku.
aku berterima kasih kepada mereka semua yang telah banyak berkongsi ilmu sehinggakan aku rasa diri ini tidak layak untuk menjadi hamba Allah.
aku telah ingkar akan perintah Allah namun yang pastinya Dia tetap melimpahkan rahmat dan nikmatnya kepada aku.,
aku sangat malu ketika itu.. Dia masih bebuat baik kepada aku. sedangkan aku?????

Ohh,Allah..
terima  kasih atas segalanya.
dan kurniaan hidayah kepada aku.
dan telah menunjukkan aku jalan yang benar yang patut aku ikut.
ampunkan segala dosa ku yang lalu ya Allah.
aku bernar-benar menyesali perbuatan ku kerana telah memberikan cinta ku kepada seorang yang tak menghargai cinta itu ya Allah.
aku yakin,sekiranya aku cinta kepada-Mu,Kau pasti akan membalas cinta ku ya Allah.
di sebabkan cinta ku kepada-Mu yang begitu dalam ya Allah,
aku dengan mudah melupankannya dan seterusnya telah memaafkan dia , Ya Allah.
aku sekarang hanya berkawan biasa dengan dia tanpa ada perasaan apa-apa..

terima kasih ya Allah.
aku sekarang sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Mu.
janganlah kau alihkan pandangan-Mu kepada ku di padang mahsyar nanti ya tuhanku,
terimalah aku sebagai hamba-Mu.
aku mahu mati dalam keimanan dan bertaqwa kepada-Mu..
peliharalah aku dari segala maksiat,zina.kemungkaraan dan bisikan syaitan.
jauhkanlah aku daru fitnah manusia dan dajjal.
terangilah kubur ku nanti. dan permudahkan lah aku meniti titian sirat-Mu,ya Allah.
begitu juga kepada ibu bapaku dan ahli keluargaku,guru-guru ku serta sahabat-sahabat ku.
jauhkanlah kami dari seksa kubur dan azab api neraka jahanam..

akhir sekali ya Allah,
kau pertemukanlah aku dengan insan yang mencintai ku,yang cintanya kepada ku tidak melebihi cintanya kepada-Mu,ya Allah.
kurniakanlah aku seorang suami yang mampu membawa dan membimbing ku ke arah syurga-Mu.
yang dapat mendidik aku dan anak2 kami menjadi insan yang bertaqwa.
jadikanlah aku seorang isteri yang solehah dan setia kepada suami ku.
cintaku hanyalah untuk suami aku.
aku akan berjuang untuk tidak menyintai orang lain selain suamiku..

MAKBULKANLAH DOAKU YA ALLAH.
HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON HARAP DAN PERTOLONGAN.
AKU YAKIN DAN PERCAYA AKAN KEKUASAAN MU, YA ALLAH..
AMIN YARABBAL ALAMIN...

i had learnt something from you. thanks :)

Wednesday, February 15, 2012

saya rindu mereka semua kerana mereka telah mewarnai hidup saya.

ni budak yang selalu and suka bercerita cite hantu kat saya. =.= (yown + imran)

my classmate :) *girls..

this is my special presiden class. :p *one in a million. HAHA

boys yang mengade selalu. tapi happening ouhh mereka. SUKA2 ;)

ni mayah. yang selalu bikin saya panas. sbb suka cium orang. HAHA

si comell.. opie and fira. :) sayang korang ouhh.

haha. ni boys kena denda dgn MS.ZIE,our sporting english teacher. diaorang kne round block form 5 sbb tak dpt jwb soalan. ;)

farah and iffah ;)

budak ni selalu ada dgn aku. HAHA (aishah and asma') . THE VERY EXTREME CREATURE.

kami semua susah penat belajar. so apa lagi,snap time.. :)

haa.. lepas class. seronok2 :)

no comment. HEHE. diorang pemalas nak lari. main tipu.. :(

aliff :). sampai skrg semua orang tak dapat memahami dia. 

bergumbira. HAHA

budak pandai. MR. FAUZAN ;)

sempat lagi kann??? :)

apek and fauzan. sempat lagi kan kat koop??

taiko class. irfan and idin. :)

me and mayah. always together gether. HAHA

the bilal :) ZAIDI BACHOK!

the piloose. budak2 lelaki panggil irfan. HOHO

so,inilah cerita kami. kami sayang each other. betul ke??? HAHAHA
hope kita dapat jumpa lagi ye one day.
semoga kita capai apa yang kita impikan dalam hidup.
aku akan tetap ingat korang sampai bila-bila.
jangan tinggal solat eh?
nanti ada rezeki kita buat reunion....
doakan each other. kepada kwn2 perempuan aku,nnti aku akan kasi services free kat korang bila korang nak bersalin nanti. INSYAALLAH. do come to me... i'll give my best treatment to you all. HAHA. aminnnn...
kepada lelaki pulak,sila datang bersama isteri2 anda ye..*isteri-isteri??? tak boleh2.. be LOYAL. haha
bawakla ur wifw datang jumpa aku. nanti aku kasi treatment yang TERBAEKKKKK...
jangan jumpa doktor laki dah. come see mee.. DR.SAKINAH.. aminnnnnnn.... INSYAALLAH.
I'LL GO FOR IT!!! insyaAllah,Allah akan permudahkan jalan aku...
doakan yeee.... :)


AKU SAYANG KORANG SEMUA <3

word of wisdom.

Dalam diari seorang pejuang,
tiada masalah yang merumitkan.
Ujian yang melemahkan,dugaan yang menyusahkan.
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan
untuk menjadi lebih hebat imannya.

Mereka tepu dengan dugaan,
cuma....
Sesekali air mata merembes menerjah pipi.
Lambang kekerdilan kudrat hamba
Berdepan belaian Pencipta,
sebagai tanda ingatan-Nya,
Terus SENYUM walaupun SUKAR.


macam ni.... comel tak syaye??? :)

Monday, February 13, 2012

serious malu hari ni :')

hahaha.. hari ni hari yang paling memalukan buat kina.
tapi,tulah kalau bukan hari ni, kina tak dapat pengajaran kat peristiwa yang berlaku hari ni, :)
kina janji akan turn over a new leaf mulai hari ni.. wish me luck kayy??!!

okaylahh.. tadi,kina ikut abah pergi bandar.
kina ikut actually nak cari barang sikit utk handcraft kina.
satu pekan cari barang yang nak,tapi tetap tak jumpa..
so,kina ikutlah abah di samping teman abah uruskan kerja dia kat pejabat-pejabat yang berkenaan..

bila dah sampai bandar tadi,abah tanya kina..
ABAH : awak nak ikut abah ke atau abah tinggal awak kat kedai buku ni and nanti awak jalan sikit sampai 
             kat masjid.. 
KINA : *dalam hati.. "mak aih.. jauh kutt..." takpelah abah. kina ikut abah jela ke mana abah pergi. 

actually,kina sebenarnya tak berani nak jalan sorang-sorang kat bandar. kina tataulah. sampai sekarang kina takde confindent nak jalan sorang-sorang. mesti kena ada sorang yang temankan kina. tak kesahla dia tu muda dari kina.
kina bukan apa. kina takut dengan lelaki dah sekarang ni. tak berani.. pandang pun tak berani..
bagi kina,diaorang semua scary and takut nanti kina diapa-apakan..
sekarang kan macam-macam kes dah berlaku.. tu kina tak berani tu...

last2,kina mintak abah dropkan kina kat Kuantan Parade.
kina nak cari barang kat situ jap and nak cari barang yang adik kina pesan sekali..
tapi,hasilnya ZERO.. huhu..
yang kina dapatnye adalah 2 helai pashmina.. hehehe..
sukaaa sangat... :)

okay lepas tu,dah habis settlekan semua,kina dengan abah pergi TERUS MAJU.
salah satu supermarket yang mak abah selalu pergi nak cari barang dapur.
sbb low price and affordable :)
abah tunjuk kat kina senarai bahan-bahan yang mak mintak belikan utk barang dapur.
abah mintak kina tolong carikan salad,timun,bawang and kunyit hidup..
first,kina amik timun..okayyy jumpa!
second pulak,kina cari salad... *terpinga2 sekejap.. confused..
kina tgk dkn whiteboard tu salad daun. tapi macam bukan.

NI PERBUALAN KAMI :)
kina : "abah yang ni kan? nak amik semua ni ke? tak banyak sangat ke??
pastu,kina tersentap bila abah cakap "hey,bukan tulah. tu ha.. depan tu. dalam plastik tu. tu kusbislaaaa...."
kina: "ohhh.. bukan ni ke abah?? ni dia tulis salad daun??"
nasib baik tiba2 datang sorang makcik ni,nak2 pulak kawan abah betulll..
mak cik baik : "bukan tulah adikk... yang ni.. yang ni nama dia kubis.. mak nak buat nasi ayam eh??"
kina : "yela kutt makcik..heee *dengan perasaan malu kat situ.. HAHA
abah : (cakap dengan makcik tadi)  "haishhh.. tulah budak zaman sekarang. duduk bandar. mana tau apa.ni
         nanti bila dah kahwin macam mana. habis dia beli yang bukan-bukan.cari lain dapat lain.."
time tu kina dah cepat larikan diri dari diaorang pergi carik bawang.. MALU KUTTT... heee...


moralnya kina belajar sesuatu hari ni...
lain kali rajin2 tolong mak kat dapur... tanya mak apa yang tak tahu.. heee,
tapi yelah,bab masak2 ni mak yang selalu buat.
kina just kemas2 rumah and lipat kain... :)
mop lantaimsapu sampah.. tu je..
time weekend je tolong mak masak. sbb tak banyak errands pun kan??
so buat masa sekarang ni,kina jangan pernah terfikir nak kahwin..
FAILED lagiiiii!!! HAHA..

ni salad yang patut kina amik..
tapi,kina pergi amik yang ni.. HAHA. kan dah malu kat situ.. =.="


okayhhhh.. nak learn memasak start from now!! heee :)
bye.. bye... :))

Wednesday, February 1, 2012

aku rindu dia Ya Allah ...

aku menanti mu..

di mana mereka sekarang ya Allah..
aku menanti kedatangan mereka semua untuk menegakkan kembali agama-Mu,Ya Allah..
sungguh negara Malaysia sekarang sudah bergolak dengan dunia politiknya..
kembalikan lah Islam di negara ku kembali ya Allah..
dan berikanlah kesedaran dan hidayah kepada mereka yang jauh terpesong dari landasan agamaMu yang benar ini Ya Allah..
pulangkanlah pemimpin-pemimpin negara kami yang adil dan berhikmah dalam pimpinannya..
tunjukkanlah mereka cara memimpin dengan berlandasan hukum agama dan syarak.
yang mengikut seperti yang termaktub dalam karya agungMu iaitu Al-Quran,Ya Allah...
jauhkanlah aku dari segala kesulitan dan kepayahan dalam hidup ku sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
jadikan lah aku seorang perempuan yang solehah..
campakkanlah hidayah-Mu kepada ku Ya Allah...
sampaikanlah salam rindu ku kepada kekasih-Mu,ya Muhammad bin Abdullah..
aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengikut segala sunnahnya.. InsyaAllah..
jauhkanlah aku dari segala kemewahan dunia ini,Ya Allah..
Aminn.. Ya rabbal alamin......

first day of February.

Assalamualaikum..
untuk hari pertama bulan februari ni,nothing more or less la hari-hari aku.
seperti biasa. DOMESTIC ENGINEER againn :) haha..
tapi seronok jugakla walaupun penat.
jaga babies,sapu sampah,kemas rumah,mop lantai,sidai kain.. everything i did that with mom's help..
THANKS MOM CUZ HELPING ME TO DO THIS AND THAT :)

haha. aku panggil dia Ami Omok.. :)
anak jiran sebelah aku,kena kuarantin.. kesiyan dia. baru setahun lebih. nama dia AHMAD SYAHIR SYAHMI.
comell sangat dia.. aku suka kacau dia and main2 dgn dia.
tapi unfortunately, dia tak pandai cakap lagi..
yang dia tau kalau nak panggil aku,.mak aku and sume orang, dia hnya pandai voice out "Akkk...Akk.."
haha.. kelakar pun ada.. tp tulah yang dia tahu cakap.
kitaorang sume dah faham sgt.

tibalah satu hari ni,dia balik kampung dia kat setiu,terengganu.
mak dia cakap hari first sampai okayy lagi.
tiba hari kedua dia dah start mengamuk. asyik nangis je.. sampai bawak pergi jampi..*perubatan islamla.
still tak okayy lagi.
sampai je uma kat pekan ni,dia dah start teruk...
asyik nangis je and nak dukung..kesiyan mak aku nak melayannya..

the after day,mulut dia turn to merah.. merah sangat2.. macam pakai lipstick.
and mcam ikan dah mulut dia. penuh satu mulut ulser.. kesiyan glerrr...
makan tanak.. susu kurang.. nangis je everyday...
day by day,syahmi makin teruk. kaki and tangan dia penuh bintik-bintik merah.
mak sangat cuak at that time. trus call umi dia..
umi dia then call husband dia sbb risau. then trus bawak hospital pekan for better medical check ups.

sebelum tu budak syahmi ni bijak..
dia sempat jugak tunjuk tangan dia kat aku.
tunjuk kat aku tangan dia yang merah2 tu..
aku tak suspek la apa2.. just cakap "eee....eeee.. jela..
haha.. tak sangka pulak it gonna be worst..

lepas bawak ke hospital,doktor sana sahkan syahmi terkena penyakit HFM.
iaitu............ penyakit KUKU,KAKI, dan MULUT,.
yang lagi sedihnya doktor tak kasi satu pun ubat.. *terukk kan??
doktor cakap takde ubat.. hmm...
last2,mak decide bawak syahmi jumpa tok ki majid.
ayah saudara abah. bawak pergi jampi skit..
and alhamdulillah day by day syahmi semakin sembuh...

tadi ada sebuah kereta GRAND LIVINA from jabatan kesihatan pekan datang uma.
hee... nak inspect syamhi tu..
ramai gler datang. aku sangka perempuan2 lah yang datang tengok..
rupanya semua laki.. muda2 pulak tu..
ada dua je yg macam ayah2 sikit.. hehehe...

tapi ada sorang hamba Allah ni..
pegawai kesihatan tu lah,aku mmg jenis tak suka pandang laki face to face.
tatau kenapa..tp tiba2 terpanggil utk pandang dia..
haha.. rupanya dia pandang aku jugak..  *haha. bukan nak cakap perasan tapi kenyataan.
aku apa lagi cepatlah pandang tempat lain..
sumpah demi Allah,makhluk Allah yang satu ni sangat menarik perhatian aku..
haha.. sangat handsome,and muka macam lembut je...macam baik..
aku suka tgok dia. tapi takde lah lama2...
tapi setakat muka cantik,perangai macam HARAM baik lupakan je..

haha. dia tak banyak involved sangat tadi. just duduk je dgn kitaorang..
ingatkan dah tak ada lagi,tapi bila aku toleh kat dia,nmpkla dia macam sedang mengusha..
haha.. tapi saya tak taku nama awk. dan umur awk and kerja sebagai apa...
yang saya tahu nama kawan awk je tadi. AIMAN.. nampak nama dia kat jacket dia masa tgh tangkap gambar syahmi...
tapi saya tak kesah.. saya hanya serah pada takdir. kalau diizinkan Allah kita akan bertemu lagi.. kann??
merepek suda.. alah,konfem dia kerja kat pekan.. HAHA

last sekali masa pegawai kesihatan tu dah siap proses sembur menyembur,
korang sume dah siap2 nak balikk...
masa tu saya tgh take care of syahmi.. mak uruskan baby lagi satu.
masa mereka-mereka tu nak balik,aku ckp la kat syahmi tu suruh bye2 dyeorang...
aku cakapla kat syahmi "byeee...."*dengan niat nak ajar and suruh dia babai kat staff kesihatan tu..
tapi,tak sangka pulak dalam ramai2 staff tu,"si dia" pulak yang pergi lambai.. byee jugakkk..
haha..
mak aku fikir lain dahh.. dia ingat aku say goodbye kat dia and dia pun balas jugak..
mak ckp cam ni...
mak: "kinah,awk babai ke kat budak laki tu?"
aku: "takdelah mak..takkan nah nak pegi babai kat dia. takde keje apa? nah just suruh syahmi babaikan je.."
mak : "ohhh.. mak ingatkan awk babai kat dia. sbb mak dgr dia ckp babai jugakkk.."
aku : "hahahaha.... *aku gelakk je..

conclusionnya,mak mmg suka menyakat aku kalau pantang nampak laki..
nak2 kawan2 aku.. malu seyh.....
last but not least.. ini first February yang awesome.. HAHAHA :P

Tuesday, January 31, 2012

ohh, Allah.. (part 1)

kecelaruan hati :'(
okayyy...
when i need a guidance from Allah to show me the path way of my long life journey, i remembered one thing that i had learned in TGB. *my beloved school ever since i was in todler :)
31st  December, last day and night of 2011.
after i brushed my teeth and face,after that wore my hijab and took my lovely love letter from the Might Lord.


i read al-Fatihah seven times and asked Him to show me the truth in choosing something that make me confused.
i was seriously in the middle.
hati aku macam ni lah.. satu ke sana,satu ke sini..
half of my heart said I MUST GO, but the other half PLEASE WAIT KINA UNTIL THE RESULT REVEALS..


it's hard to make the best choice. Lastly, i got the love letter from Allah and it suited dear :)

* 1st page, surah al-Anfal (m/s177)
* 2nd page, surah an-Nahl (m/s 277)
* 3rd page, surah al-Qasas (m/s 391)

the conclusion from the 3 surah above....
- berserah kepada Allah *and i've done it!!
- Allah akan beri petunjuk kepada orang yang beriman.. *insyaAllah
- berperang *sampai searang aku tak dapat nak tafsirkan lagi apa mksud ni..
Allah The Almighty :)


may Allah be with me in every step of my way.. insyaAllah.. Aminnn......

Monday, January 30, 2012

hobi baru. bisnes baru.

sejak jadi spm leaver ni,banyak sangat masa terluang dan terbuang.
so,sebagai orang yang menghargai setiap detik yang terluang,
janganlah buang masa dengan benda yang tak berfaedah.
isi lah masa yang panjang ni dengan perkara yang boleh membuahkan hasil...


jadi,aku tak hingin nak bekerja sekarang.
like semua orang nak buat. *dengan alasan dapat pengalaman and buat duit sendiri.
tapi,aku malas nak fikir lagi benda tu sekarang.
lambat lagi.. lepas habis belajar baru nak betul2 kerja...


sekarang taknak serabut2 lagi.
berkhidmat untuk mak kat rumah lagi okayyy dapat pahala.. kan?
so,time cuti ni aku taknak lah buang masa macam tu je.
sebab nanti menyesal..
lastly,aku telah diberi ilham oleh Tuhan yang Maha Kuasa..


aku buat bisnes handcraft kecil-kecilan..
handmade buatan aku sendiri.
mostly keychainlah...
pelanggan aku budak2 sekolah.
adik aku yg tolak jualkan..
ada macam2 design aku buat.
bileh tempah...


antara koleksi yang aku buat :
tagging :)


stars warna warni


keropi :)


orange whale


owl


socks


t-shirt
actually ada banyak lagi. tak larat nak upload banyak2..
so ni jela yang mana sempat.
ni lah sebahagian dari rutin harian aku.
sambil2 suka-suka then dapat kumpul duit.
tak banyak pun takpe.
heee....


bahan2 dia tak susah sangat.
kain felt,ring,benang,kapas and ribbon je.. ha.. satu lagi jangan lupa jarum..
kalau tak ada jarum macam mana nak jahit kan??? HAHA
lastly,jahit la dengan design mengikut kreativiti anda :)


SELAMAT MENCUBA!!

Friday, January 27, 2012

sing you home :)

yeayyy... finally, i got the novel..
very excited to read you....
just bought from a bookstore around kuantan.
accidentaly met the novel writen by my favourite novelist... JODI PICOULT :)
Sing You Home
it impressed me !

can wait to read the entire entries .... !!!

i feel awesome can do that to you,mum :)

what an awesome day today.
tp dalam awesome tu ada yang tak bestnya.
hari mak demam. lepas balik dari kampung.
tak tahulah apa puncanya. mak cakap mak rasa seram sejuk.
nak sentuh air pun tak boleh.. kesiyan makk... :(


get well soon,mak !!!

tp takpe mak. mak kne bersyukur dengan semua tu sbb dosa-dosa kecil mak terhapus.
so,cepat sembuh ya makkk???!
kina doakan mak cepat sembuh and boleh do aktiviti2 yg mak selalu buat.
bila tgk mak suffer from that painful fever tu,kina rasa bertanggungjwb kat mak.
and adik and abah jugak.
kina kan anak perempuan sulung. so takde sape yg boleh mak harapkan??
so that's my job to take good care of yourselves.
so kina masak utk semua. tp tak seberapa pun. just sayur bayam.
ayam percik mmg dah ada. so,tu jelah. alah... kina pun tak pndai masak sgt punn..
mlm tadi pulak,kina rse trgerak nak masak bubur kat mak.
so kina just imagine bubur yg kina pernah rasa and main masuk je barang2 yg ada dalam peti.. *heee...


bubur mak yg kina masak macam ni lah sikit rupenya.. :)


rse nye boleh tahan sedap jugak *cehhh.. puji diri sendiri. tapi masin sketla. tercampak garam.. hehe
tp apa2 pun kina tetap rse happy sbb dapat buat sume tu.
so,many errands await me tomorrow.. :))