Saturday, December 24, 2011

in a blink of an eye..


THIS IS WHAT ZOMBIE SAID...



0kay s0 ramai yg tak tahu cerita ab0ut fathi..s0 dgr kay..

*firstly kt0rg maen futsal.j0in tournament,.ada 2 team.team fathi n lg satu team zombie.then team fathi kalah awal,but team zombie lepas next stage.
then fathi p0wn keluar naik motor iddin untuk amik tiger sebab tiger kata nak datang.

fathi dgn n0h datang naik motor.fathi bawak,n0h bonceng.
then dah jumpa tiger,noh turun.suruh fathi hantar tiger dulu then amek noh balik.

but baru je keluar,dekat satu corner,tak tahu mcm mane...
motor fathi straight je jalan.konah sikit je.

then fathi langgar pokok.kepala fathi tersembam kat 

handle,viper pecah.
tiger tercampak,masuk dalam hutan.p0n viper helmet pecah.

fathi bangun untuk few seconds then jatuh.lepas tu dah meninggal dah.innalillah.
after that,we all semua pegi ke scene,and nampak lah.....

fathi dlm van p0lis.dah dlm bungkusan hitam.you all bygkn je lah perasaan we all semua tyme tue.
then kejar laju2 pegi hospital,jumpe family die..that part paling sedih sgt2 lah.
cuba2 la bayangkan se0rang ibu yang susah nak lahirkan se0rang anak,kemudian hilang cahaya matanya... :"(

then we all tgk tiger..tiger dlm wad.alhamdulillah stabil.
mata atasnye k0yak,byk darah..sabar tiger.

s0,rase2nye tu je lah.ape2 nk tnye tanye lah..thnks
but jgn lupe,yasin n al-fatihah kay.assalamualaikum..


semoga roh FATHI IHSAN MANSOR dicucuri rahmat.. insyaAllah...

Tuesday, December 20, 2011

Wednesday, December 7, 2011

perempuan... perempuan...... sedarlah...




hmmm..
kat entry ni kina nak menyatakan ketidak puasan hati kina ni.
dah lama bersarang kat hati kina ni.
kina nak cakap kat public kina pun bukan nye hebat sangat.
nak cakap alim, no way lah..

tapi sebagai perempuan yang ada agama, ISLAM pulak tu,
kina rasa malu and seganlah...
mana maruah mereka semua ah?
aduuiii.. dunia zaman sekarang. ISLAM hanya kat atas IC kaler biru je.
tapi, maruah, agama, letak tepi. tak pandang and hirau pun.

kadang2 kina terasa yang agama ISLAM kita nie di hina. dimain mainkan oleh segelintir perempuan kat lua sana. TAK FAHAMLAH!
dyeowg tak rasa malu ke tayang body sana sini. bukak tudung, tunjuk segala benda yg tak patut ditunjuk.
free hair nye padahal kat sekolah dah belajar dah cara tutup aurat.
PAI A+ pulak tu..
mana pegangan agama and hidup korang hah??
korang sggup tarik mak ayah korang yang dah berusaha utk besar kan korg jadi anak yg baik, solehah..
tapi ni balasan korang kat dyeowg??
insaflah korang... TAUBAT!

bial2 je kite boleh mati. nanti jangan sampai nyawa dah kat kerongkong baru nak menyesal.
dah tak guna dah time tu. percuma je..
tp, tulah yg sedih nye... ada antara mereka2 ni kawan baik kina jugak.
tu yang terkilan tu.
susah payah Rasulullah dan para sahabat memperjuangkan ISLAM smpai bergadai harta dan nyawa,
ni kite umat yg paling istimewa kat atas muka bumi Allah ni, senang2 nak musnahkan semua..
tak rasa bersalah ke korg sume?
nak orang YAHUDI AND NASRANI tersenyum bergelak ketawa kerana kebodohan kita ikut mereka??

please lah bukanlah mata korang.
selamatkan lah agama kita dari terus ditindas.
Allah dah berfirman (*sorry kina tak ingat surah ape)..
"Barang siapa yang menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongnya.."
hmm.. korang tak rasa bersyukur ke??
Allah tu dah kira baik, pemurah and penyayang tau tak?
Dia tak trun kemurkaan and bala dia sekaligus kat kita atau secara langsung kat kita.
mcam kaum2 nabi2 yang terdahulu.
kita umat Nabi Muhammad ni kira special tau tak?
so please la perempuan yg membuka aurat anda di luar sana.
sedarlah......

simpanlah segala mahkota anda tu.
untuk ape korang tayangkan kat public ha???
dah la kat facebook terang terangan nak bukak aurat??
nak bagi kami ni yang tengok gmabar anda dapat dosa hah??
tu yang korang nak???
korang lagi berlipat kali ganda dapat dosa tau tak?
simpanlah tu sume.. tak perlu tunjuk kat public..
laki taknak pun..
tu sume utk suami korang..
korang tak rasa special ke bila rambut and semua yang haram dibuka kat public,
suami korang yang jadi org first tgk tu sume???
kalau kina lah jadi laki, kina rasa bertuah.
dahla dapat isteri cantik, solehah pulak tu..

sama2 dapat masuk syurga Allah.
laki kat luar sana pandang korang sebelah mata je.. percya lah. kina dah buat survey da.
dyeowg sume nak perempuan yg ada maruah dan pndai jga diri and beragama.
tanak de yg dedah aurat sana sini.
buat tambah dosa orang lain buat hape???? betul tak...??
biarpun owg kata laki tu tak baik. and ada hati nak isteri solehah..
tp, tak salah kan tu sume?? nobody's perfect...
and we can improve to be a perfect person walaupun tak 100 percent...

macam ni kan cantik...... :)

so, fikir fikirkanlah kalau korang sayang diri, agama and maruah korg. maruah parents korang jugak.
kalau rasa iman tu masih ada walaupun senipis kulit bawang, takkan korang nak nipiskan lagi.
lama2, dengan dosa yg korang buat tu, boleh jadi berlubang lapisan iman tu.
macam ozone layer. lama2 dia akan berlubang dek dihakis oleh carbon dioxide..
hmm, renung renungkanlah dan selamat beramal..


tulus dari luahan hati kina........

let's make a change :)

  

Andai kamu ingin memberi cinta..

Assalamualaikum, kawan2..
hmm, tadi kina ada stalk i luv islam. and terbaca satu artikel ni.
so, kat sini kina nak share something yang kina dapat dari hasil pembacaan kina.
tp, kina malas lah nak summarise kan.
korang bacalah sendiri artikel kat bawah ni kay????? :D

                       SELAMAT MEMBACA TEMAN- TEMAN...


CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.
Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.
Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.
Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.
Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.
Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.
Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.
Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.
Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.
Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.
Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.

Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid. Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan ciri utama cinta - jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.

Tuesday, December 6, 2011

bumped :D

haha.
ni MISS YUNI from AMERICA.



nice to meet u miss yuni :) i'll never forget u <3

ur so cute :D

comel kan??? looks chinese. but she's american..
i suddenly bumped into her in EQUATARIAL HOTEL, MALACCA..
i went on vacation with my family on that day. so she's waiting for the bus to fetch her at lobby. then,
she's asking me to take her picture and i'm started approached her.
cuz she said that i'm so cute and sweet...
HAHA.


thanks for the compliments miss yuni.
but ur cute also. and i'm gonna miss u :)
ur too friendly and never shy to explain me about ur vacation and so do america. ^^
we talked many things eventhough we're running out of time to go to our destination.


i wish i can be in america :)
insyaallah.. hope to see u again *myb :(

updating lagi..



huh,


sekian lama kina tak update blog nie.
dah bersarang kut.
ni lps spm pun macam tak sempat nak update.
yelah berebut lappy dgn adik2.
ade turn masing2..


kina punya turn cam time skrang lah.. HAHA
ni tatau nak cte sal ape.
tp yg latest new ni lah. sal FAST TRACK thingy..


hmm.. at first mmg macam nak pergi. 
so tryla amik borang n dah half dah.
pastu tibe2 rase macam tanak pergi.
sbb macam stressfull and masuk belajar pulak awl,
tanak ouuhh...


harini check2 email, tibe2....
arrgghhhh.. dapat pulak interview.
aduiii mak aihh..
hati bercampur baur. NAK pergi ke TAK NAK.
dahla interview tu kat selangor. pejabat mara selangor.
kalau pergi kesiyan pulak kat mak ayah aku.
kena kua duit lagi.. haiisshhhh..




hidup..hidup..
tapi apepun skg nie, kina akan pergi jugak interview tu.
walaupun macam tanak pergi je program tu.
kina apply taylor and msu.
tny pendapat ramai, mak sedara dey all macam taktau.
sbb kolej swasta en?


kina pun confused jugak nie.,
rumours ckp kolej swasta ni hanya pentingkan keselesaan student kat sane.
bukan prestasi akademik.
tp, entahla. kalau dah namanya TAYLOR kolej five star kat malaysia nie,
mestilah akademik dia pentingkan tak? nak kekalkan nama. kan2?
tp tulah sane cina and foreign students ramai.
and company pun milik cina. so ada bia sketla bak kata kawan.


competition pun banyak.
hmm, nak tak nak kina akn pergi jugak interview tu.
nak cari pengalaman interview.
nanti kalau dah after spm takde lah rase cuak sangat nak interview dpn owg2 besar.
dah dapat pengalaman kan?


ape pun Allah je yang tau ape yang terbaik untuk kina.
kina hanya mampu merancang dan Allah saje yg tentukan.
moga2 impian kina nak fly oversea tercapai.
AMIN...
insyaallah ada rezki..
kina nak buat mak abah kina happy.
selama 17 tahun dyeowg besarkan kina,penat lelah dyeowg cari rezki tuk kina adik beradik..
huh, mmg tak terkira besar pengorbanan dyeowg..
so, kina nak balas sume tu dgn harapan kina dapat fly.
and nak berjaya dan tolong keluarga.


tp main point kina skrg kina nak berjaya dalam stdy kina,
amik specialist and pertahankan hak wanita.
kina nak jadi obstetrician and gynaecologist (OnG) atau pakar sakit puan.
doakan kina yeah sume org..
thanks...


 :)
ni trademark dye :)


ni TAYLOR.. cantik kan??
                                                                
                                                       AND THIS IS MSU :D
this is how MSU looks like.
                                                            
hmmm.. :)


Friday, September 30, 2011

MUST READ...TAKE YOUR TIME...



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen

Tuesday, September 27, 2011

9 September 2011

hari ni ada jamuan raya maktab anjurkan..
perkara wajiblah every year..
tapi tahun ni agak pelik n lain sikit..
tak best sbb kene duk atas tikar n bersila..
so..susah nak gerak..huhu

tapi kat sini kina bukan nak cite pasal jamuan raya tu..
tak menariklah untuk diceritakan.
kian just nak cakap yang kina da terima satu sampul duit raya dari jun pyo.
tu pun nad yang kasikan...

nad cakap "dia cakap selamat hari raya maaf zahir dan batin"
at first kina terkejut sangat,
sbb  knp dye perlu bagi kina duit raya yg bernilai rm 5 tu?
kina tak harap n mintak apa2 pun dari awk..

kina tatau nak cakap ape tyme tu.
kina just hny mampu cakap thanks...tp mgkin kat nad.
sy takde kekuatan nak hadapi sume nie.

and kina tny iffat kenapa awk tak kasi sendri?
and iffat cakap awk mmg nak kaso sndiri un.
tp ntah kenapa tyme tu awk rase cuak..
haritu dah ready dah..hmm..
takpelah awk..sy fhm..

sy pun tak berani nak jumpa dgn awk face to face.
sy actually ada hadiah tuk birthday awk..
tp saya tak pasti sama ada sy perlu kasi awk atau tak.
sbb saya rse tak mknenye dah sy buat awk.
so kalau saya kasi pun takde effect un buat awk.. kan awk???

perlahan lahan sy cuba untuk jauhkan diri sy dari awk.
lagipun mgkin awk akan dapat lupakan sy dalam masa yg cepat.
sy perlukan byk masa awk..
kerana sy bukan jenis orang yang senang melupakan org.
sy serius sygkan awk..tp sy perlu menafikan nye...
sbb sy bukanlah untuk awk..

sy hny mampu doakan yg terbaik buat awk.
insyaAllah selagi sy hidup sy akan selalu doakan kebahagiaan awk dunia akhirat.
about ur plan ke Aussey tu sy harap awk baik2 kat sana.
jaga diri eh..yg penting kuatkan iman kat sana.
sy yakin awk mampu lakukan..

insyaallah..sy akan kasikan jugak mafla yang sy belikan untuk awk tu one day.
tu hadiah birthday awk sebenarnya.
tp i have to keep it until now even ur birthday had gone..
tp tu sume tak penting.
yg sy tau sy tak pernah lupakkan 5 september tu awk...

okaylah awk..
i  hve some errands to do..
ni pun tyme prep..saje luangkan masa skjap..
till then awk....

love u.. assalamualaikum .... JANDI

suka suki. bosaaannn..

hmmm..
curi curi sikit masa nak update blog yang sudah lama ku tak update nie.
haha..
datang awal giler psi sbb nak cop pc.
actually nak siapkan report homeroom kat psi. sbb tenang sikit..
tp sementara nak tggu sume datang baek cek tulis sikit ape yang cek rase nak tulih..

hmm..sedar tak sedar spm dah nak dekat.
dah lama menunggu..ceh macam nak tunggu due date bersalin je..haha
insyaallah satu hari nanti kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki oleh Allah..
nak jugak merasa macam mana yang mak kina rasa. melahirkan dan membesarkan anak... WAHHH..haa


preparation tuk spm tak seberapa hebat lagi..
masih terkontang kanting jugakk..
yg kene banyak push up biology lah.
kina suke biology tapi kadang2 markah tak maintain..
kejap naik kejap turun..

seminggu ni bwak ke hulu ke hilir je buku bio..haha
physics and chemist tak sentuh sangat un..
soory yeah cik physics n cik chemist..
nanti saya sentuh awk jangan risau.. awk sentiasa ada dalam hati sya.
tak pernah dilupakan walau sedetik.. =.="

okaylah..time to study pulak..
nanti kite jmpe lagi eh..
tata..
assalamualaikum junpyo jandi <3

Thursday, September 1, 2011

kenapa mesti????

Assalamualaikum,

hari ni kina baru je sampai rumah dari kampung.
yelah raya kan.sudah menjadi adat orang melayu Islam pulang ke kampung masing2 nak merayakan Aidilfitri.
kat kampung raya tahun ni tak berapa meriah sangat.
tak tahulah kenapa semakin lama kemeriahan tu semakin pudar.
kina un persiapan raya tak berapa sangat.
rase mcam tak perlu je.yelah dengan sibuk nak studynyer.
Trial dah tak lama.tinggal berapa hari je lagi.takutlah...kina nak FAST TRACK.sumpah!!

sebenarnya kina takde mood un na story raya kina kat entry ni.
tak best pun nak diceritakan.
tapi kina ada satu perkara yang sering bermain dalam fikiran kina sejak akhir2 nie.
kina un tatau nak cakap ape lagi da.
dan tak faham kenapa....

hope sape yg telah baca entry ni please help me..
i dont know what to do anymore.
last hope kina adalah berdoa kepada Allah je.
cuz i know He knew everything that i do not know..right?

OKAY, back to main point kina..



actually,
kina tatau la.....
kenapa semakin kina nak melupakan dia, bayangan dia selalu ikut ke mana kina pergi.
tak kesah la kina tgh buat apa2 pun..kina mesti teringat kat dia.
kina dah cube terima hakikat dan kenyataan.
yang dia bukan untuk kina.
dia milik orang lain..tapi dia tetap kina ingat.
bukan senangkan nak melupakan cinta pertama kita.
masa tu semua perkara kita buat jadi indah.
kita rasa yang dunia ni kita punya.

tapi kenapa kina perlu lalui semua nie.
kalau nak diikutkan kina terlalu muda nak harungi perkara macam nie.
ingatkan kina baca novel2 dan tengok drama2 kat tv hanyalah dalam tv je.
rupanya kina sendiri melaluinya???
mcam tak percayakan?

tapi tulah hakikatnya.dunia tak seperti yang kita harapkan.
dan endingnya indah seperti yang dikarang oleh ANIS AYUNI dan AISYA SOFEA..
kina dapat belajar satu perkara yang..

dalam hidup kesempurnaan memang takde.
tapi yang ada adalah KEBAHAGIAAN.
kina memamg sayang dia sangat2.
walaupun ramai lelaki yang approach kina.
tapi hati kina tetap dgn dia.
macam2 rumours kina dgn pasal dia yang tak baik.
yang baik ade jugak.
tapi kina tetap taknak percaya and the best way kina tanya dia sendiri.


jawapan yang dia kasi dengan setiap pertanyaan kina adalah seperti yang kina jangkakan.
kina tau selama dia dengan kina, apa yang dia cakapkan kina takkan amik bulat2.
kina akan dengar, dan tapis betul2.
biasalah lelaki. men are good in words.
kina tak nafikan yang He is the BEST SWEET TALKER man.
kina admit kina cair.tapi tak lama.cuz kina tau dia macam mana.

walaupun kina tau yang he is a playboy,
kina tetap sayang dia dengan harapan dia akan berubah.
but he's not.
tapi takpe sayang kina kat sia sampai sekarang.
sayang kina kat dia tak pernah pudar even macam2 yang dia dah buat kat kina.
kina tatau kenapa perasaan kina kat dia sampai macam ni sekali.

sayang kina kat dia tak pernah hilang.
mungkin dia tak pernah nak memahami kina,.
dan tak pernah nak hargai perempuan.
kina tau dia ada kakak.
mengikut ape yang dia cakap kat kina,kakak dia dah kawin.
tp tgk kat fb akak dia macam single je.
tak pernah nampak pun gambar kakak dia dgn husband.
anak pun takde.. *sbb dia kata dia ada anak buah.
kina tak kesah lah tu sume.

kawan kina ada cakap yang kina salah orang.
kina tak layak untuk dia.
kawan kina cakap kina cukupp baik untuk dia.
tapi pada kina, kina tak sebaik yang mereka sangkakan.
kina pun buat dosa jugak.salah...banyak pulak tu.
mmglah orang cakap lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
tapi cube fikir balik..

kalau semua perempuan baik tuk lelaki yang baik apa jadi pada yang jahat jahat tu semua??
kan?betul tak?
tsapi Allah maha adil.dia yang aturkan segalanya.
jodoh pertemuan di tangan tuhan.
tapi kina tak pernah menyesal pun kenal dengan dia.
malah kina bersyukur sangat.
daripada dia,kina belajar apa itu cinta, kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan kepercayaan.

mmg berat untuk terima hakikat yang dia dah jadi tunang orang lain?
sape tak terkilan apabila orang yang kita sayang bakal jadi milik orang lain kan?
tapi kina still tak percaya parents dia sanggup tunangkan dia.
umur dia baru 17 tahun.tunang dia 13 tahun.
kenapa ibu dia nak mengaturkan masa depan dia?
kebahagiaan dia macam mana?

kina tak kesah kalau pilihan ibu dia buatkan dia bahagia.
kina redha..sbb kina rsa senang kalau orang yang kina sayang bahagia.
walaupun kina terseksa.
ibu dia mungkin tau yang girl tu terbaik buat dia.
ibu pasti lebih kenal anak dia dari kina.
kina tak smpai setahun pun kenal dia.
ibu dia dah berapa tahun? 17 tahun lebih?
hmmm....

pergilah awak..
saya doakan awak bahagia selalu/
moga awak dah shahira akan bersatu mengikut apa yang ibu awak mahukan.
saya akan cuba pergi dari hidup awak.
saya akan cuba untuk lupakan awak walaupun saya tau ianya amat sukar untuk saya melakukannya.
tapi apapun saya kena pasrah dan redha awak.
untuk kebahagiaan awk..

saya takde hak nak aturkan perjalanan hidup awak.
awk lebih kenal syahira dari saya.
mungkin Allah pertemukan kita ada sebabnya.
ada hikmah atas apa yang telah berlaku antara kina kan awk?
saya tak pernah salahkan awk atas apa yang telah berlaku.
yang saya tau saya sayang awk..
sayang sangat2...saya tak pernah tipu apa yang saya cakap kat awk sebelum ni.

semua janji2 awak still saya ingat sampai sekarang.
saya pasti awak tak ingat dah apa yang awk telah janji dengan saya.
kalau awk tak suke saya or sayang sye dari dlu, knp awk tak cakap?
kenapa awak kasi pengharapan palsu kat saya?

sya selalu pegang kata2 abg sy...
kalau kita syangkan seseorang tu jgn kasi pengharapan or janji2 manis kat dia.
sbb nanti bila kita tak dapat tunaikan, kita kan mengecewakan dan melukai dia.
kan lagi sakit dan terseksa orang  yang kita sayang tu.
tapi takpelah..perkara dah berlaku.
saya jadikan ni semua pengajran dalam hidup saya.
saya belajar jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu.
kerana ia amat menyakitkan bila harapan tu tak dapat dilaksanakan..

saya selalu doakan kebaikan buat awk.
mohon kat Allah agar awk diberi hidayah oleh- Nya.
Allah pasti kabulkan permintaan saya.
cuma cepat atau lambat je.
Allah takkan hampakan permintaan hambanya.
kerana Allah sangat suka mendengar rintihan hamba-hambanya yang selalu merintih kepadaNya.
i have a FAITH on HIM..

apa2 pun awak mmg anak yang baik.
awak tak membantah sedikit pun keputusan ibu awak nak jodohkan awak dengan syahira tu.
awak buat keputusan yang tepat.
semoga Allah merahmati awak selalu..
saya yakin syahira adalah yang terbaik buat awak.
saya kat sini akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awk.

terima kasih atas segalanya awk..
saya takkan lupakan awk.
sbb AWAK CINTA PERTAMA saya.
saya tak nafikan awk adalah seorang lelaki yang baik.
jangan selalu fikir yang awk adalah seorang lelaki yang jahat.
people can change..


last hope LONG LIVE AWAK...
insyaAllah kalau ada jodoh Allah pastikan akan temukan kita lagi.
saya yakin akan takdir Allah..
apa yang perlu kita lakukan sebagai hambanya yang beriman adalah berdoa kepadanya.
tanpa rasa jemu dan putus asa.
ada jodoh tak kemana kan awak?

nyway, best of luck awak..
i'm here still loving you as always..
till then awk..

TAKE CARE :)







Saturday, August 27, 2011

jom kenal dgn mereka2 nie ^^

kat bawah ni ada gamabr terbaru kina dgn rumate2 kina kat tgb.
kami telah menginap du blok G, nombor bilik 11 *datangla ye kalau ada masalah.
dalam bilik kami ada 4 orang ahli.
yang pertama saya sendirilah.katil pertama...HAHA

NAMA : NORSAKINAH MOHD AHMAD @ mrs.froggie

KEDUA : ANIS AMALINA MOHD NADZRI @ lesbo maktab *haha sorry ena  ;p

KETIGA : NURAIN ZAHIRA M.YUSRI @ doraemon

KEEMPAT : NUR HIDAYAH ABDUL HADI @ ape eh??? joyah kowt... HAHA

selamat hari raya aidilfitri semua... ;)
kina sayang korang semua <3





semua sibuk nak tumpang tidur kat bahu owg..HAHA


ena chubby giler... HAHA

owg kat belakang jangan jeles eyh???

scandal terbaru KINA.. HAHA


let's be an ARABIAN  ;)



let's rocking...

korang TERbaek lah... :P

hot seyhh... HAHA

with love, KINA and ENA <3