Thursday, February 23, 2012

kenapa eh perasaan aku selalu macam ni???

Ya Allah,
bagi aku petunjuk atas segala apa yang aku rasakan dalam hati aku selama ini.
aku pun tak dapat nak tafsirkan apa maksud perasaan aku ni.
aku tak berkuasa untuk menduga perasaan ini ya Allah.
kerana aku seorang insan yang lemah.
hanya kau yang Maha Berkuasa dalam mengetahui perasaan aku ini.
dan mengapa aku merasai perasaan yang aku tatau macam mana nak cakap..

kenapa ya Allah???
setiap kali aku melihat gambar Firdaus(sepupu aku yang belajar di University of Bristol,England) and anyone yang pergi belajar kat overseas aku rasa hati aku lain dan bergetar.
dan waktu ni aku tatau mengapa aku telah menitikkan air mata aku saat aku melihat gambar2 sepupu aku tu.
aku rasa lain sangat perasaan ni bila aku tgk senior2 pergi belajar di overseas.
tolonglah ya Allah bagi aku petunjuk atas setiap apa yang aku rasakan selama ini.

adakah ini bermakna aku akan tinggalkan family aku untuk menuntut ilmu-Mu yang maha luas di luar tanah air ku , Ya Allah.
do give me guidance ya Allah.
jika benar tekaan aku ini,kau permudahkanlah segala urusan aku.
and makbulkanlah doa aku.
jujur aku katakan aku ingin ke luar negara ini untuk aku belajar lebih mendalam tentang Islam di bumi lain.
aku ingin melihat keindahan ciptaan-Mu dan seterusnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada-Mu.

walaupun result spm belum diumumkan and maybe this upcoming March. *tak sampai sebulan pun lagi.
kehangatan nya aku dah dapat rasakan sebulan lebih lagi.
aku tatau kenapa. perasaan takut,cemas dan cuak serta sebagainya selalu menghantui aku.
mungkin sebab aku duduk di rumah dan tidak apa yang menyerabutkan kepala aku.
sehinggakan aku telah mengisi kekosongan kepala aku ni dengan benda yang tak sepatutnya aku risau.
aku tau Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku.
apa yang aku lihat di slip peperiksaan spm aku nanti yang itulah yang terbaik untuk aku.
aku amat yakin dengan sang pencipta.
dia lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan diri aku.
cuma aku ni sahaja yang kurang mengenali sang pencipta aku.
ampunkan aku Ya Allah..

aku selalu berdoa agar kau tetapkan hati dan imanku.
sesungguhnya kau yang membolak balik hatiku.
aku cuba untuk mendekati-Mu ya Allah.
maka kau janganlah jauhkan diri-Mu dariku ya Allah.
sesungguhnya aku amat memerlukan-Mu dlam hidupku. selain oksigen...
 kenapa aku rasa sedih sangat di saat aku menulis di sini sekarang??

ohh.. Allah... campakkanlah ketenangan dalam hatiku.
bertetapan dengan nama yang diilhamkan oleh-Mu kepada kedua ibu bapa ku..
NORSAKINAH...binti MOHD AHMAD.
nur : bermaksud.... CAHAYA
sakinah : bermaksud... KETENANGAN DAN KEHEBATAN JIWA ANUGERAH ALLAH
mohd : yang terpuji
ahmad : terpuji.

jika disambungkan maksud kesemuanya...
CAHAYA KETENANGAN YANG TERPUJI..
maka ya Allah,kau kurniakanlah kepada aku.
dan permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan di akhirat.
permudahkanlah jalan untuk aku menuntut ilmu dan mengerjakan ibadah kepada-Mu.
izinkanlah untuk aku berbakti kepada orang yang telah banyak berjasa kepada aku.
mak abah aku : yang telah banyak berkorban duit,masa dan tenaga dan seluruh hidup aku demi untuk melihat
                       aku berjaya dan tidak susah macam diaorang satu hari nanti. tak dapat aku bayangkan
                       bagaimana susah,.jerih perih mereka mencari duit untuk membesarkan aku dan adik beradik.
aku rasa amat bertanggungjawab kepada mereka. kerana aku adalah salah satu harapan mereka. panjangkanlah umur aku dan keluarga ku dan izinkanlah aku merasai kejayaan untuk menjadi seorang DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN. kerana ini adalah impian mak abah aku dan seluruh keluarga aku termasuk keluarga mak dan keluarga abah..

ya Allah,tiada niat lain untuk aku menjadi seorang doktor.
bukan sebab harta dan pangkat mahupun darjat...
cuma satu je sebab mengapa aku ingin menjadi seorang doktor.
kerana... aku ingin berbakti kepada masyarakat yang tanpa disedari mereka telah mebantu dalam pembelajaran aku selama ini. tanpa wang mereka tak mungkin aku berjaya hingga tahap ni.
aku ingin melindungi maruah wanita dan juga isteri-isteri di luar sana.
soal gaji dan pendapatan aku tak pernah fikir.
walaupun ni bukan gambar aku,tapi suatu hari nanti aku akan jadi seperti dia. :)
biarlah orang kata doktor sekarang ni sudah ramai. and mungkin peluang pekerjaan tipis.


tapi aku tetap dengan keputusan aku.
mak ada cakap kalau niat kita ikhlas insyaAllah Allah akan permudahkan.
aku letakkan seluruh kepercayaan dan harapan aku kepada Allah.
kerana aku yakin kepada-Nya.
Allah pasti dengar aku kan???

Ya Allah,semoga keputusan yang bakal aku terima mampu membuatkan mak abah aku tersenyum gembira.
bukan tersenyum duka.
aku tak sanggup untuk menyakitinya Ya Allah.
matlamat hidup aku adalah untuk membahagiakan mereka sebelum ajal mereka.
aku terlalu sayangkan mereka ya Allah.
janganlah kau tarik nyawa mereka terlalu awal..
izinkanlah aku membahagiakan mereka dan adik beradik aku di atas kejayaan aku sebelum aku menghadap-Mu, Ya Allah...
hanya kepada Mu aku bertawakal dan memohon pertolongan....
              
amin ya rabbal alamin........