Saturday, December 24, 2011

in a blink of an eye..


THIS IS WHAT ZOMBIE SAID...



0kay s0 ramai yg tak tahu cerita ab0ut fathi..s0 dgr kay..

*firstly kt0rg maen futsal.j0in tournament,.ada 2 team.team fathi n lg satu team zombie.then team fathi kalah awal,but team zombie lepas next stage.
then fathi p0wn keluar naik motor iddin untuk amik tiger sebab tiger kata nak datang.

fathi dgn n0h datang naik motor.fathi bawak,n0h bonceng.
then dah jumpa tiger,noh turun.suruh fathi hantar tiger dulu then amek noh balik.

but baru je keluar,dekat satu corner,tak tahu mcm mane...
motor fathi straight je jalan.konah sikit je.

then fathi langgar pokok.kepala fathi tersembam kat 

handle,viper pecah.
tiger tercampak,masuk dalam hutan.p0n viper helmet pecah.

fathi bangun untuk few seconds then jatuh.lepas tu dah meninggal dah.innalillah.
after that,we all semua pegi ke scene,and nampak lah.....

fathi dlm van p0lis.dah dlm bungkusan hitam.you all bygkn je lah perasaan we all semua tyme tue.
then kejar laju2 pegi hospital,jumpe family die..that part paling sedih sgt2 lah.
cuba2 la bayangkan se0rang ibu yang susah nak lahirkan se0rang anak,kemudian hilang cahaya matanya... :"(

then we all tgk tiger..tiger dlm wad.alhamdulillah stabil.
mata atasnye k0yak,byk darah..sabar tiger.

s0,rase2nye tu je lah.ape2 nk tnye tanye lah..thnks
but jgn lupe,yasin n al-fatihah kay.assalamualaikum..


semoga roh FATHI IHSAN MANSOR dicucuri rahmat.. insyaAllah...

Tuesday, December 20, 2011

Wednesday, December 7, 2011

perempuan... perempuan...... sedarlah...




hmmm..
kat entry ni kina nak menyatakan ketidak puasan hati kina ni.
dah lama bersarang kat hati kina ni.
kina nak cakap kat public kina pun bukan nye hebat sangat.
nak cakap alim, no way lah..

tapi sebagai perempuan yang ada agama, ISLAM pulak tu,
kina rasa malu and seganlah...
mana maruah mereka semua ah?
aduuiii.. dunia zaman sekarang. ISLAM hanya kat atas IC kaler biru je.
tapi, maruah, agama, letak tepi. tak pandang and hirau pun.

kadang2 kina terasa yang agama ISLAM kita nie di hina. dimain mainkan oleh segelintir perempuan kat lua sana. TAK FAHAMLAH!
dyeowg tak rasa malu ke tayang body sana sini. bukak tudung, tunjuk segala benda yg tak patut ditunjuk.
free hair nye padahal kat sekolah dah belajar dah cara tutup aurat.
PAI A+ pulak tu..
mana pegangan agama and hidup korang hah??
korang sggup tarik mak ayah korang yang dah berusaha utk besar kan korg jadi anak yg baik, solehah..
tapi ni balasan korang kat dyeowg??
insaflah korang... TAUBAT!

bial2 je kite boleh mati. nanti jangan sampai nyawa dah kat kerongkong baru nak menyesal.
dah tak guna dah time tu. percuma je..
tp, tulah yg sedih nye... ada antara mereka2 ni kawan baik kina jugak.
tu yang terkilan tu.
susah payah Rasulullah dan para sahabat memperjuangkan ISLAM smpai bergadai harta dan nyawa,
ni kite umat yg paling istimewa kat atas muka bumi Allah ni, senang2 nak musnahkan semua..
tak rasa bersalah ke korg sume?
nak orang YAHUDI AND NASRANI tersenyum bergelak ketawa kerana kebodohan kita ikut mereka??

please lah bukanlah mata korang.
selamatkan lah agama kita dari terus ditindas.
Allah dah berfirman (*sorry kina tak ingat surah ape)..
"Barang siapa yang menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongnya.."
hmm.. korang tak rasa bersyukur ke??
Allah tu dah kira baik, pemurah and penyayang tau tak?
Dia tak trun kemurkaan and bala dia sekaligus kat kita atau secara langsung kat kita.
mcam kaum2 nabi2 yang terdahulu.
kita umat Nabi Muhammad ni kira special tau tak?
so please la perempuan yg membuka aurat anda di luar sana.
sedarlah......

simpanlah segala mahkota anda tu.
untuk ape korang tayangkan kat public ha???
dah la kat facebook terang terangan nak bukak aurat??
nak bagi kami ni yang tengok gmabar anda dapat dosa hah??
tu yang korang nak???
korang lagi berlipat kali ganda dapat dosa tau tak?
simpanlah tu sume.. tak perlu tunjuk kat public..
laki taknak pun..
tu sume utk suami korang..
korang tak rasa special ke bila rambut and semua yang haram dibuka kat public,
suami korang yang jadi org first tgk tu sume???
kalau kina lah jadi laki, kina rasa bertuah.
dahla dapat isteri cantik, solehah pulak tu..

sama2 dapat masuk syurga Allah.
laki kat luar sana pandang korang sebelah mata je.. percya lah. kina dah buat survey da.
dyeowg sume nak perempuan yg ada maruah dan pndai jga diri and beragama.
tanak de yg dedah aurat sana sini.
buat tambah dosa orang lain buat hape???? betul tak...??
biarpun owg kata laki tu tak baik. and ada hati nak isteri solehah..
tp, tak salah kan tu sume?? nobody's perfect...
and we can improve to be a perfect person walaupun tak 100 percent...

macam ni kan cantik...... :)

so, fikir fikirkanlah kalau korang sayang diri, agama and maruah korg. maruah parents korang jugak.
kalau rasa iman tu masih ada walaupun senipis kulit bawang, takkan korang nak nipiskan lagi.
lama2, dengan dosa yg korang buat tu, boleh jadi berlubang lapisan iman tu.
macam ozone layer. lama2 dia akan berlubang dek dihakis oleh carbon dioxide..
hmm, renung renungkanlah dan selamat beramal..


tulus dari luahan hati kina........

let's make a change :)

  

Andai kamu ingin memberi cinta..

Assalamualaikum, kawan2..
hmm, tadi kina ada stalk i luv islam. and terbaca satu artikel ni.
so, kat sini kina nak share something yang kina dapat dari hasil pembacaan kina.
tp, kina malas lah nak summarise kan.
korang bacalah sendiri artikel kat bawah ni kay????? :D

                       SELAMAT MEMBACA TEMAN- TEMAN...


CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.
Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.
Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.
Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.
Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.
Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.
Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.
Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.
Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.
Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.
Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.

Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid. Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan ciri utama cinta - jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.

Tuesday, December 6, 2011

bumped :D

haha.
ni MISS YUNI from AMERICA.



nice to meet u miss yuni :) i'll never forget u <3

ur so cute :D

comel kan??? looks chinese. but she's american..
i suddenly bumped into her in EQUATARIAL HOTEL, MALACCA..
i went on vacation with my family on that day. so she's waiting for the bus to fetch her at lobby. then,
she's asking me to take her picture and i'm started approached her.
cuz she said that i'm so cute and sweet...
HAHA.


thanks for the compliments miss yuni.
but ur cute also. and i'm gonna miss u :)
ur too friendly and never shy to explain me about ur vacation and so do america. ^^
we talked many things eventhough we're running out of time to go to our destination.


i wish i can be in america :)
insyaallah.. hope to see u again *myb :(

updating lagi..



huh,


sekian lama kina tak update blog nie.
dah bersarang kut.
ni lps spm pun macam tak sempat nak update.
yelah berebut lappy dgn adik2.
ade turn masing2..


kina punya turn cam time skrang lah.. HAHA
ni tatau nak cte sal ape.
tp yg latest new ni lah. sal FAST TRACK thingy..


hmm.. at first mmg macam nak pergi. 
so tryla amik borang n dah half dah.
pastu tibe2 rase macam tanak pergi.
sbb macam stressfull and masuk belajar pulak awl,
tanak ouuhh...


harini check2 email, tibe2....
arrgghhhh.. dapat pulak interview.
aduiii mak aihh..
hati bercampur baur. NAK pergi ke TAK NAK.
dahla interview tu kat selangor. pejabat mara selangor.
kalau pergi kesiyan pulak kat mak ayah aku.
kena kua duit lagi.. haiisshhhh..




hidup..hidup..
tapi apepun skg nie, kina akan pergi jugak interview tu.
walaupun macam tanak pergi je program tu.
kina apply taylor and msu.
tny pendapat ramai, mak sedara dey all macam taktau.
sbb kolej swasta en?


kina pun confused jugak nie.,
rumours ckp kolej swasta ni hanya pentingkan keselesaan student kat sane.
bukan prestasi akademik.
tp, entahla. kalau dah namanya TAYLOR kolej five star kat malaysia nie,
mestilah akademik dia pentingkan tak? nak kekalkan nama. kan2?
tp tulah sane cina and foreign students ramai.
and company pun milik cina. so ada bia sketla bak kata kawan.


competition pun banyak.
hmm, nak tak nak kina akn pergi jugak interview tu.
nak cari pengalaman interview.
nanti kalau dah after spm takde lah rase cuak sangat nak interview dpn owg2 besar.
dah dapat pengalaman kan?


ape pun Allah je yang tau ape yang terbaik untuk kina.
kina hanya mampu merancang dan Allah saje yg tentukan.
moga2 impian kina nak fly oversea tercapai.
AMIN...
insyaallah ada rezki..
kina nak buat mak abah kina happy.
selama 17 tahun dyeowg besarkan kina,penat lelah dyeowg cari rezki tuk kina adik beradik..
huh, mmg tak terkira besar pengorbanan dyeowg..
so, kina nak balas sume tu dgn harapan kina dapat fly.
and nak berjaya dan tolong keluarga.


tp main point kina skrg kina nak berjaya dalam stdy kina,
amik specialist and pertahankan hak wanita.
kina nak jadi obstetrician and gynaecologist (OnG) atau pakar sakit puan.
doakan kina yeah sume org..
thanks...


 :)
ni trademark dye :)


ni TAYLOR.. cantik kan??
                                                                
                                                       AND THIS IS MSU :D
this is how MSU looks like.
                                                            
hmmm.. :)