Friday, February 17, 2012

forgive and forget.

segalanya apa yang berlaku sebelum-sebelum ni,aku rasa ia dah cukup mematangkan diri ini.
aku banyak belajar dari kesalahan,kesilapan dan pengalaman.
kalau bukan sebab masa lalu tu,cerita antara saya dan awak,tak mungkin aku akan dapat menjadi new SAKINAH sekarang ni.
aku mengaku yang saya ni terlalu muda and terlalu mentah untuk terjebak dengan perkara tu.
tapi,disebabkan kurangnya ilmu dan nipisnya iman,akhirnya aku tersungkur dek tarikan syaitan laknatullah.

pelbagai tipu muslihat dan godaan syaitan untuk menarik aku ke dalam lembah kemaksiatan dan zina.
aku cuba untuk mecari pertolongan Allah namun dapat ku rasakan Allah sangat dan terlalu jauh dariku.
tetapi aku yakin yang Allah tidak pernah sesekali pun menjauhkan dirinya dari aku.
sebaliknya aku yang menjauhkan diri dari-Nya.
sungguh jahil aku ketika itu.

syaitan akhirnya berjaya menguasai diri aku sepenuhnya.
cinta yang ku rasakan kepada hamba Allah yang bernama lelaki ternyata hanyalah cinta palsu.
yang pada mata kasarnya ku,ia sangatlah indah dan manis.
aku mula jatuh hati kepadanya dan mulai menyukainya.
tanpa ada sebab yang kukuh kenapa aku sukakannya.
tanpa aku kenal hati budi dan latar belakangnya.
sungguh aku rasakan dunia ini sangat indah.


setelah aku renungkan kembali aku yang dulu,
aku rasakan aku sudah tewas dengan hasutan syaitan.
kalah di atas musuhku yang nyata.
nasihat-nasihat yang diberikan oleh kawan-kawan ku aku peduli.
tapi,ianya tidak bertahan lama.
kerana ku rasakan dia adalah lelaki yang aku cari.

namun,inilah hakikat sebenar dunia.
dunia ini hanyalah perhiasan semata mata  dan adalah permainan.
manusia dilahirkan ke dunia untuk menyerahkan seluruh cintanya kepada sang penciptaNya.
bukan kepada hamba Allah yang hayatnya tidak kekal.
Allah lah yang hakiki.
kebahagiaan yang di cari bukan di dunia fana ini.
tetapi di akhirat sana lah kebahagiaan yang perlu kita gapai.

setelah aku menjalani hari-hariku di bumi tarbiah MRSM TUN GHAFAR BABA,
aku rasa diriku sudah hampir kepada pencipta aku.
aku mula mendekatkan diri dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh kawan-kawan aku sendiri.
usrah setiap lepas asar yang pengikutnya kesemuanya perempuan.
di situ,aku dapat banyak ilmu agama,solat,hal-hal berkaitan hidup kita seharian,dosa pahala,syurga neraka,akhirat dunia and CINTA.
sekali sekala ada juga aku merelakan diri untuk memberi ilmu yang tak seberapa yang aku ada kepada mereka.
hari demi hari,menghadirkan diri ke usrah tersebut telah menjadi habit ku.
dan menjadi kesukaan ku. sehinggakan tidak sabar untuk menunggu asar.

di situ,aku meratapi dan menangisi setiap dosa dan maksiat yang telah aku lakukan sepanjang hidup ku.
aku berterima kasih kepada mereka semua yang telah banyak berkongsi ilmu sehinggakan aku rasa diri ini tidak layak untuk menjadi hamba Allah.
aku telah ingkar akan perintah Allah namun yang pastinya Dia tetap melimpahkan rahmat dan nikmatnya kepada aku.,
aku sangat malu ketika itu.. Dia masih bebuat baik kepada aku. sedangkan aku?????

Ohh,Allah..
terima  kasih atas segalanya.
dan kurniaan hidayah kepada aku.
dan telah menunjukkan aku jalan yang benar yang patut aku ikut.
ampunkan segala dosa ku yang lalu ya Allah.
aku bernar-benar menyesali perbuatan ku kerana telah memberikan cinta ku kepada seorang yang tak menghargai cinta itu ya Allah.
aku yakin,sekiranya aku cinta kepada-Mu,Kau pasti akan membalas cinta ku ya Allah.
di sebabkan cinta ku kepada-Mu yang begitu dalam ya Allah,
aku dengan mudah melupankannya dan seterusnya telah memaafkan dia , Ya Allah.
aku sekarang hanya berkawan biasa dengan dia tanpa ada perasaan apa-apa..

terima kasih ya Allah.
aku sekarang sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Mu.
janganlah kau alihkan pandangan-Mu kepada ku di padang mahsyar nanti ya tuhanku,
terimalah aku sebagai hamba-Mu.
aku mahu mati dalam keimanan dan bertaqwa kepada-Mu..
peliharalah aku dari segala maksiat,zina.kemungkaraan dan bisikan syaitan.
jauhkanlah aku daru fitnah manusia dan dajjal.
terangilah kubur ku nanti. dan permudahkan lah aku meniti titian sirat-Mu,ya Allah.
begitu juga kepada ibu bapaku dan ahli keluargaku,guru-guru ku serta sahabat-sahabat ku.
jauhkanlah kami dari seksa kubur dan azab api neraka jahanam..

akhir sekali ya Allah,
kau pertemukanlah aku dengan insan yang mencintai ku,yang cintanya kepada ku tidak melebihi cintanya kepada-Mu,ya Allah.
kurniakanlah aku seorang suami yang mampu membawa dan membimbing ku ke arah syurga-Mu.
yang dapat mendidik aku dan anak2 kami menjadi insan yang bertaqwa.
jadikanlah aku seorang isteri yang solehah dan setia kepada suami ku.
cintaku hanyalah untuk suami aku.
aku akan berjuang untuk tidak menyintai orang lain selain suamiku..

MAKBULKANLAH DOAKU YA ALLAH.
HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON HARAP DAN PERTOLONGAN.
AKU YAKIN DAN PERCAYA AKAN KEKUASAAN MU, YA ALLAH..
AMIN YARABBAL ALAMIN...

i had learnt something from you. thanks :)

No comments:

Post a Comment